Wednesday 23 April 2014

AKU BLOGGER DAN HASRUL HASSAN

Assalamualaikum,

Bila lagi nak dapat peluang 'bergandingan' dengan sifu Hasrul Hassan - blogger tersohor yang tak lokek dengan segala ilmu serta teknik bloggingnya. Ini juga merupakan kali kedua aku participate dalam segmen yang brader HH organize. Apa yang penting bukannya menang atau kalah kerana itu dah memang adat pertandingan... yang penting adalah peluang untuk bersama-sama memeriahkan segmen ni dengan rakan blogger yang lain.

 .

Good luck pada rakan-rakan blogger yang turut sama dalam segmen ni dan terima kasih pada brader HH kerana memberikan peluang pada kami untuk menjadikan segmen ini sebagai satu platform untuk kami kenal-mengenali sesama sendiri.


-lotsa luv-
Fayreen Mizan



RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG

Assalamualaikum,

Resepi Sambal Tumis Sotong. Ini boleh dikategorikan sebagai lauk yang fleksibel sebab boleh dipadankan dengan apa-apa lauk sampingan yang lain. Dahlah rasanya sedap, nak masaknya pun senang. Sebab itulah Sambal Tumis Sotong ni sentiasa jadi pilihan aku di dapur. Nak masak Sambal Tumis yang sedap ni sebenarnya ada caranya. Rahsia menghasilkan sambal tumis yang sedap terletak pada tempoh masa kita menumis cili. Lebih lama ditumis, lebih sedaplah hasilnya nanti. Bukan itu saja, sambal juga tahan lebih lama dan tak mudah rosak atau basi.

Sebelum share resepi Sambal Tumis Sotong ni, meh nak story mory sikit. Gini, ada orang suka letak samada ikan bilis atau belacan dalam masakan sambal tumis.... ada yang tak letak pun dua-dua tu. Nak letak boleh... tak letak pun boleh. Cuma berdasarkan deria rasa aku, masakan sambal memang terasa lebih sedappppp kalau letak ikan bilis/ belacan ni. Kalau letak ikan bilis ada rasa dia yang tersendiri... kalau letak belacan pulak ada rasa sedap yang tersendiri. Apa kata korang try buat sambal tumis dalam tiga versi yang berbeza... hari ni buat yang plain tak guna ikan bilis atau belacan... esok pulak buat versi guna ikan bilis... lusa buat version yang campakkan belacan tu. Lepas tu boleh compare mana satu yang lebih ngam dengan selera masing-masing ;)

SAMBAL TUMIS SOTONG


Bahan-bahan :

- 4 ekor sotong bersaiz besar - bersihkan, potong dan tos
- 6 biji bawang merah - dikisar
- 1 biji bawang besar - potong bulat atau hiris kasar
- *Sedikit ikan bilis - basuh dan kisar (atau boleh gantikan dengan sedikit belacan) - optional
- 6 sudu besar cili kering yang telah direbus dan kisar - ikut preferance pedas yang kita hendak
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya

Cara memasak :

Blend bawang merah dan ikan bilis hingga halus dengan sedikit air. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar hingga kekuningan dan naik bau. Lepas tu, masukkan pula bawang besar yang dihiris - biarkan sekejap... kemudian masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing menggunakan api yang kecil. Macam aku beritahu tadi, lagi lama ditumis lebih sedap sambal kita nanti... tapi jangan terover tumis sampai hangit pulak ya! Make sure api dapur dikecilkan. Kemudian masukkan gula dan kacau-kacaukan... warna sambal akan jadi lebih merah lepas gula dimasukkan. Lepas tu, masukkan pula garam secukup rasa. Bila sambal dah naik minyak... masukkan pula sotong. Masukkan juga sikit air asam jawa. Kalau sambal nampak kering boleh masukkan sedikit air. Make sure sotong tak dimasak terlalu lama... kalau tak, liat jadinya nanti. Padamkan api bila sambal dah pekat dan naik minyak. Siap! Kalau nak masak sambal tumis yang lain - contohnya sambal tumis udang dengan petai ke (slurrrpppp) guna method yang sama.... senang je kannn...


Perut terus krak kruk tengok gambar masakan sendiri ni! Haishhh :D



-lotsa luv-
Fayreen Mizan


BFF...

Assalamualaikum,


Dear friends, walaupun aku seorang yang pendiam dan pemalu... tapi aku tetap terima kegilaan korang seadanya & dengan hati yang terbuka. 

Eh jap... kenapa rasa macam ada yang tak kena??PENDIAM & PEMALU?? Haha... nak kena ptuiii sangat nih! :p


*********


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Tuesday 22 April 2014

AKIBAT TERSALAH HANTAR EMAIL!

Assalamualaikum,

Nak tanya ni... korang pernah ke tersalah hantar text (tak kiralah sms ke.... wassap ke... wechat ke atau apa-apa bentuk chat zaman sekarang ni) atau email ke kat orang lain? Paling teruk kalau terhantar pulak kat orang yang jadi subject matter utama dalam text/ email tu. Kalau text/ email tu bersifat puji-pujian, ok laa juga... harus kembang-kempis hidung orang yang membaca tu. Tapiiii.... kalau yang penuh dengan kutukan atau rasa tak puas hati?? Haru tu!!! 

Ni aku nak share satu cerita pasal tersalah hantar email... ada beberapa versi cerita tapi this one is my favourite :) 

A Minnesota couple decided to vacation to Florida during the winter. They planned to stay at the very same hotel where they spent their honeymoon 20 years earlier. Because of hectic schedules, it was difficult to coordinate their travel schedules. So, the husband left Minnesota and flew to Florida on Thursday. His wife would fly down the following day.

The husband checked into the hotel. There was a computer in his room, so he decided to send an e-mail to his wife. However, he accidentally left out one letter in her e-mail address, and without realizing his error, he sent the e-mail. 

Meanwhile.....somewhere in Houston, a widow had just returned home from her husband's funeral. He was a minister of many years who was called home to glory following a sudden heart attack. The widow decided to check her e-mail, expecting messages from relatives and friends. After reading the first message, she fainted. 

The widow's son rushed into the room, found his mother on the floor, and saw the computer screen which read: 

To: My Loving Wife
Subject: I've Arrived
Date: 16 May 2003
I know you're surprised to hear from me. They have computers here now and you are allowed to send e-mails to your loved ones. I've just arrived and have been checked in. I see that everything has been prepared for your arrival tomorrow. Looking forward to seeing you then! Hope your journey is not as uneventful as mine was.
P.S. Sure is hot down here!

Hahaha.... 

Moralnya - double check email address dan bukak mata besar-besar untuk make sure text yang nak kita hantar memang pada recipient yang tepat! :) 


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Monday 21 April 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE - HOMEMADE SAUCE!

Assalamualaikum,

Spaghetti Bolognese - Homemade Sauce. Sebagai seorang penggemar pasta, Spaghetti Bolognese ni dah tentulah hidangan wajib di rumah dan setiap kali membuatnya aku lebih suka gunakan sos yang dibuat sendiri. Kenapa aku prefer buat sendiri? Pertama - boleh dimakan tanpa was-was sebab dah tentulah kita gunakan bahan-bahan yang berkualiti, bersih dan halal. Selalu jugak kita dengar cerita sos ni tak halal laa...sos jenama tu pun tak halal laa... jadi tak payah risau-risau... bukankah lebih baik masak sos spaghetti sendiri saja? Lagipun mudah sangat cara untuk buat sos Spaghetti Bolognese homemade ni.

Kedua - aku ni sebenarnya sukaaaaaaaa sangat makan pasta... suka sampai ke tahap makan spaghetti dengan kicap pun boleh!! Jadi, sebagai penggemar pasta yang tegar, dah tentulah perasaan teringin nak makan spaghetti ni datang tak kira masa tanpa diundang. Aku rasa lebih independent tanpa perlu bergantung pada sos ready made tertentu... kalau sos tu tak ada stok sedangkan masa tu aku tengah teringin sangat nak makan spaghetti tak ke haru nanti?! Dengan sos spaghetti masakan sendiri, teringin makan spaghetti subuh-subuh pun no hal!

Ketiga - kepuasan masak sos spaghetti sendiri memng tak ada tandingannya.... extra point bila ada pulak orang memuji atau makan bertambah-tambah lepas tu! Rasa kalau suruh duduk kat dapur sampai ke subuh pun sanggup! Hahaha... get the picture?

Ok, meh tengok resepi Spaghetti Bolognese dengan sos homemade ni....


SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-bahan : 

untuk 4 - 6 orang

1/4 cawan minyak zaitun
500 gm daging lembu cincang
1 labu bawang besar kuning - dipotong dadu kecil-kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 tin sederhana tomato puri
5 biji tomato segar - dipotong dadu
1 sudu kecil dried oregano
1/2 sudu kecil dried thyme
1 sudu besar parsley
2 cawan air/ stok daging lembu
Sedikit garam
1/2 cawam parmesan cheese
1 packet spaghetti

Cara-cara :

Sos :
Panaskan minyak - masukkan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan daging cincang dan masak sehingga kekuningan. Kacaukan daging ini sesekali supaya tidak bergumpal. Masukkan tomato puri dan tomato segar, semua herbs, air atau stok daging lembu dan garam. Masak sehingga sos mendidih. Kemudian perlahankan api masakan dan masak lagi sehingga sos menjadi pekat.

Spaghetti : 
Rebus spaghetti dalam periuk besar menggunakan anggaran 1 litre air.  Pastikan air sudah mendidih sebelum memasukkan spaghetti Letakkan sedikit garam ke dalam air rebusan supaya spaghetti menjadi lebih enak apabila dimakan dengan sos. Kacau sekali-sekala dam titikkan sedikit minyak zaitun supaya pasta tidak melekat. Masak sehingga spaghetti menjadi al dente - tidak terlalu masak sehingga menjadi lembik. Apabila masak toskan spaghetti. Siap!

Sekarang bolehlah letakkan sedikit spaghetti ke dalam pinggan... tuangkan sos serta taburkan parmesan cheese di atas hidangan. Mamamia!! Slurrpppp....



-lotsa luv-
Fayreen Mizan



Thursday 17 April 2014

THE BEST NASI ARAB IN TOWN - HALF MOON, SERDANG!

Assalamualaikum,

Entri kali ni nak cerita pasal makan-makan pulak. Pernah makan Nasi Arab dekat Restoran Half Moon, Serdang?? Yang pernah ke sana, tentu tahu macam mana nyammmsss nya makanan yang dijual.... pada yang belum sampai sana lagi, apa kata bila-bila nanti korang try makan dekat sini pulak? Makanannya bukan saja sedapppp.... harganya murah pulak tu kalau dibandingkan dengan restoran-restoran Arab yang lain!

Restoran ini menyediakan Yemeni dishes - nasi Arab, kebab dan banyak lagi yang seangkatan dengannya dengan portion nasi yang banyak. Pendek kata memang mengah nak menghabiskan sepinggan tu. Kalau tak habis makan boleh beritahu waiter mintak bawak balik. Nanti waiter akan masukkan siap-siap dalam container yang boleh dipanaskan terus dalam microwave tu. Konsep restoran ni pulak memang sempoi abis....so, korang boleh makan dengan selesa tanpa perlu nak jaga protokol bagai.

Majoriti pelayan kat sini berbangsa Arab dan cuma boleh berbahasa Arab atau Inggeris... Bahasa Melayu tu diorang boleh cakap yang basic saja.... susah-susah sangat korang tunjuk jerlaa makanan apa yang korang nak order. Ambik order makanan kita nanti pun diorang akan tulis dalam Bahasa Arab. Bukan tu saja, pelanggan pun ramai dari kalangan orang-orang Arab juga! Hahaha...

Mari kita tengok makanan yang ada kat sini....


** Google pic
Ni kat luar restoran... kalau tak nak duduk lepak-lepak kat luar macam ni boleh duduk kat dalam... dalam tu ada aircon.


Ni antara harga dan senarai nasi.. makanan lain pun banyak juga tapiii aku tak pulak tergerak nak ambik gambar sebab bila datang sini memang makan nasi jek... so memang tak selak dah harga dan list makanan lain tu...


Senarai minuman... kan dah beritahu tadi... murah kaannn??


Caramel ni memang sedapppp.... rasa sangat creamy... tak terlalu manis...tak pula terlalu tawar... perfect! Kalau tak silap harganya cuma RM3 saja. Manisan Arab yang lain pun ada juga... nanti korang belek-belek jelaa list kat menu tu ya...


Chicken Kabsah.... sedappp!


Chicken Madghut... pun sedapppp. Korang tengok tekstur ayam tu... tak ke terliur tu?!?


Haneth Lamb - daging kambing tu sangat juicy... memang nyamsss....


Nyamsss gilo Lamb Madghut ni - hemmmm... meleleh ailio aku sambil tulis ni... 


Ni pulak Lamb Royal... dihidangkan siap dengan hummus... pun finger licking good!


Mandy Chicken - tengok ayam tu pun dah tau macam mana sedapnya kannn... sampai ke tulang ayam tu terasa sedap uolls!


Mandy lamb yang nyammmsss... **cepat-cepat capai tisu lap aillio!! :p
Kat sini juga ada sediakan sup kosong untuk kita makan dengan nasi. Nasi Arab ni kan jenis kering sikit. Even sup kosong tupun sedap tau!


Mango juice - ni memang favourite aku. Segelas cuma RM6 saja. Terasa macam kita cucuk straw directly kat buah mangga fresh yang manis dan lemak tu!! Korang kena try mango juice ni... memang sedap! Kalau prefer minuman yang masam sikit, korang boleh order lemon juice... yang tu pun best!

Tu nak kata aku membela laa tu sekali order macam-macam makanan. Hahaha... sebenarnya gambar-gambar ni aku simpan selepas beberapa kali visit sebelum buat entri ni ;p

Untuk mereka yang dah terliur  dan berhajat nak rasa makanan Arab kat sini... ni addressnya :

Restoran Half Moon 
(Dibuka dari jam 4.00 petang - 12.00 malam)

9-1 Jalan SP 2/8
Taman Serdang Perdana 
(berhampiran South City Plaza & East Lake View Condo)
43300 Seri Kembangan
Selangor




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Wednesday 16 April 2014

SELFIE!

Assalamualaikum,




"Tak payah nak juih-juihkan atau muncungkan bibir tu sampai sedepa.... tak jegil-jegilkan biji mata pun selfie adik tetap chumel & tak ada tandingan... kannn?!"  lol!! - Tomcat


-Happy Wednesday & lotsa luv-



Fayreen Mizan


Tuesday 15 April 2014

PENANG WAR MUSEUM, BATU MAUNG - (PENANG PART 2)

Assalamualaikum,

Yuhuuu... I'm backkk selepas beberapa hari berdepan dengan masalah unifi :). Aku tak naklah cerita panjang-panjang pasal tu since benda sudah pun settle. Sebenarnya aku lebih excited nak share experience melawat Penang War Museum (Muzium Perang Pulau Pinang) yang terletak di Batu Maung. Tempat ni memang best... pendek kata memang wajib ada dalam itinerary korang sekiranya ke Pulau Pinang!

Apa yang menariknya... konsep muzium ni berbeza dengan sesetengah muzium lain, jadi sila ketepikan anggapan bahawa korang akan melawat ke dalam muzium yang ada aircond dengan artifak yang diletakkan dalam bekas kaca siap dengan spotlight semua... no such thing here! Sebenarnya, muzium ini merupakan tapak asal bekas kubu yang dibina oleh tentera British pada tahun 1930an. Kubu ini siap dengan segala kelengkapan seperti terowong bawah tanah, bilik simpanan senjata, kuarters tentera, bilik kawalan perisikan, pusat logistik, beberapa buah dapur dan lapangan menembak... kesemuanya masih dalam keadaan elok dan boleh kita lawati sepanjang berada di sini.

Silakan scroll dan tengok gambar-gambar yang sempat kami ambik sambil aku bercerita lebih lanjut tentang muzium ni...


Nearby ticket counter...

Bayaran RM20 seorang dikenakan untuk dewasa, manakala kanak-kanak pula RM10 seorang... dengan setiap pembelian tiket kita akan diberi pamphlet yang ada sejarah ringkas muzium ini dan location map. Ada terowong yang tak dibenarkan masuk atas sebab-sebab keselamatan... so pastikan korang dengar taklimat ringkas yang diberikan betul-betul.


Journey kita bermula dari sini... just ikut saja anak panah yang ada untuk ke satu-satu spot... Baru sampai sini pun aku dah boleh feel keadaan tempat ni masa zaman perang dulu...

Ok... kita sambung cerita pasal kubu ni ya. Menjelang tahun 1942, kubu ini jatuh ke tangan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua apabila pihak tentera British tersilap percaturan mengenai startegi serangan Jepun. British menyangkakan tentera Jepun akan menyerang melalui laut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya... tentera Jepun telah menyerang melalui darat dan berjaya menawan kubu ini pada 17 Disember 1941. Selepas itu, kubu ini dijadikan salah satu base utama Jepun bagi menahan serta menyiksa tahanan. Kesemua tinggalan sejarah ini masih ada termasuk alat-alat yang digunakan untuk menyeksa tahanan serta tempat menggantung dan memancung kepala!


Keseluruhan kawasan kubu yang luas ni boleh memuatkan sehingga 550 hingga 700 orang askar dalam satu masa. 


Kronologi beberapa peperangan dan kejadian-kejadian penting yang melibatkan Tanah Melayu.


Bom yang digunakan masa zaman tu...


Mereka yang minat sejarah boleh take your time untuk baca keratan-keratan akhbar dan majalah yang ada di beberapa board di sini...


Terowong menuju ke bilik bawah tanah...


Antara barang-barang yang dipamerkan dalam bilik ni...


Kasut peninggalan askar-askar Jepun/ British...


Bilik ini juga merupakan tempat simpanan senjata...


Tinggalan peluru...



Ada dua buah tunnel yang boleh memuatkan seramai 220 orang tentera dalam bilik ni... keadaan tunnel ini sangat gelap dan sempit...


Kat bahagian kanan tangga ni ada sebuah telaga. Dalam gambar nampak macam senang je nak turun naik tangga ni. Sebenarnya tangga ini agak curam dan licin... condition tangga pun dah tak berapa elok sebab ada yang dah pecah-pecah. Tapiiii, korang mesti turun tangga ni juga nanti tau sebab pemandangan di bawah tu sangat breathtaking! Biar semput sikit tak apa sebab memang worth it!


Haa...tu dia!

Turun saja dari tangga tadi kita terus dapat tengok pemandangan di sekeliling Jambatan Kedua Pulau Pinang yang cantik ni. Sebenarnya kedudukan kubu ni memang sangat startegik sebab terletak 75 meter dari aras laut dan betul-betul menghadap Selat Melaka.


Senyum memang senyum... dalam masa yang sama aku terpaksa tahan kaki yang tiba-tiba cramp! Haihhh... baru turun tangga sikit dah cramp... nampak macam aku ni fragile sangat! Nak manja-manja mengadu pada hasben takut sebab memang salah sendiri. Sebenarnya masa turun tangga tu aku terpaksa balancekan badan sebab heels kasut yang aku pakai tu dalam kategori tak sesuai dipakai di kawasan berbatu yang licin walaupun heels taklah tinggi sangat. Memang ada standby sepasang sports shoes dalam kereta tu...tapiii dah tersilap percaturan nak buat macam mana?! :p

So, korang make sure pakai kasut yang sesuai nanti... wedges tu pun no...no! Better pakai sports shoes atau jenis-jenis kasut/ sandal yang flat dan selesa. Jangan degil macam aku!


Kat bawah tu tempat simpanan peluru. Masa kitorang datang tu ada tiga, empat ekor anjing yang besar-besar dekat area ni... tapi anjing-anjing ni jenis buat hal sendiri dan tak kacau orang.


Kubu ini telah terbiar dan dilitupi hutan tebal selama lebih 60 tahun sebelum dibersihkan dan dibuka kepada orang ramai.


Berek askar.

Sebenarnya bukan askar British sahaja yang ditempatkan di sini. Askar-askar Melayu dan Sikh turut ditempatkan di sini bagi mengawal kubu. Oleh kerana itu, beberapa buah berek yang dilengkapi dengan tandas disediakan mengikut bangsa-bangsa tertentu.


Gun Friring Bay.


Take five.... penat jugak sebab keseluruhan kawasan kubu ini seluas 22 ekar, untuk explore keseluruhan kubu ni ambil masa di antara dua hingga tiga jam.


Antara senapang anti-aircraft yang terdapat di sini...



Berhampiran firing bay bagi mengawal udara...



Tempat simpanan mayat sementara! Dekat area ni mulalah datang perasaan 'lain' sikit...


Pada yang tidak tahu, muzium ini sebenarnya tersenarai sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di Asia (The Most Haunted Place In Asia) dan pernah muncul dalam sebuah dokumentari paranormal terbitan National Geographic - 'I Wouldn't Go In There'! Jeng...jeng... jenggg....


Di sini juga letaknya tempat di mana tahanan perang dipancung!




Peralatan yang digunakan untuk memancung...


Korang baca statement kat atas tu! Haihhh... scarry!!


Tempat tahanan digantung... semua ni terletak di kawasan yang sama dengan tempat memancung tadi. Dekat area ni aku memang ada perasaan seram-sejuk sikit!


Ada beberapa buah gambar yang menceritakan kekejaman dan penderaan yang dilakukan oleh tentera Jepun.



Mungkin kerana sejarah silamnya yang ngeri dan menakutkan, tempat ini juga dikenali sebagai Bukit Hantu di kalangan penduduk tempatan.



Peralatan yang digunakan untuk menyiksa tahanan...

Sebenarnya lepas kawasan ni kita kena turun bukit dan lalu dekat kawasan yang berhutan sikit sebelum sampai ke General Yamashita gallow dan beberapa display lain... tapi masa tu aku dah rasa semacam dan berat jer nak berjalan kat situ. Lagipun masa tu dah almost pukul 6 petang... cuma kitorang berdua je kat area tu dan area yang nak lalu tupun nampak sunyi sangat. Akhirnya kitorang ikut shortcut dan skip kawasan tu. Legaaaa aku :) Hahaha... tau takuttt! 

Lepas tu bila keluar dari main entrance muzium tu hasben aku dengan muka berseri-seri dan penuh semangat buat statement macam ni .... "best kan pergi sini... nanti next time kita datang sini lagi kita buat night tour pulak nakkk??" I was like "erkkkkkk" dengan mata terbeliak tengok muka dia! 


Overall, memang sangat berbaloi dan tak rugi pun menghabiskan masa melawat muzium ni. Kalau nak rasa suasana perang sebenar boleh buat aktiviti paintball kat sini atau untuk lebih mencabar, boleh ambil pakej Night Tour Adventure dari pukul 7 malam - 11 setiap hari (pakej berkumpulan).

Info lanjut

Alamat : Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang.
Email : penangwarmuseum@yahoo.com
Tel : 04-6265142/ 016-4213606
Fax: 04-6448015/ 04-6264142

Bayaran Masuk :
Dewasa - RM20
Kanak-kanak - RM10

Operation Hours :
9.00 pagi - 6.00 petang
7.00 petang - 11.00 malam


Enjoyyyyy!!!


-lotsa luv
Fayreen Mizan