Monday 31 March 2014

PAPRIK AYAM SIMPLE, SEDAP DAN BERKHASIAT!

Assalamualaikum,

Hamboiii... tajuk entri tak agak-agak! Hahaha.... Ok, hari ni aku nak share resepi yang yang sangat simple - Paprik Ayam! Kadang-kadang masakan yang simple macam nilah yang membuatkan kita berselera makan sampai tambah nasi berkali-kali kaan? 


RESEPI PAPRIK AYAM


Bahan-bahan :
2 keping dada ayam dipotong dadu
1 biji bawang besar - dibelah 6
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 batang serai - di ketuk
4 helai daun limau purut
8 biji cili padi - diketuk
2 batang jagung muda
Kacang buncis (aku tak suka kacang panjang sebab tu gantikan dengan kacang buncis)
Lobak merah
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram

Cara-cara :
Mula-mula rebuskan isi ayam dengan sedikit air. Tak perlu rebus terlalu lama ya... dalam 2 - 3 minit pun dah cukup. Ketepikan dan jangan dibuang air rebusan ayam ni. Satu cara lain, kalau tak nak rebus, boleh juga digorengkan ayam ini dengan sedikit garam dan serbuk kunyit tapi jangan sampai garing... aku lebih suka rebus saja sebab nak kurangkan penggunaan minyak - cara ni pun lebih menyihatkan.

Kemudian masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga harum. Masukkan pula cili padi dan daun limau purut... gaul rata dan masukkan ayam tadi. Biarkan sekejap dan masukkan air rebusan ayam. Masukkan pula sayur dan masak sehingga lembut. Selepas itu masukkan kesemua sos serta kicap dan gaul rata. Biarkan sekejap sehingga semua bahan sebati. Siap!

Bahan dan cara yang sama juga boleh digunakan untuk masak paprik daging/ seafood atau paprik campur. Haa... senang saja kann?? Rasanya juga sehingga menjilat jari... slurrppp! Satu lagi sebab aku suka masak paprik ni - kita boleh campakkan terus beberapa jenis sayur dalam tu... so dah tak payah masak lauk sayur berasingan. Terserlah penyaki M yang aku ada! :p



-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Saturday 29 March 2014

EARTH HOUR 2014 - 29 MAC 2014.

Assalamualaikum,

Hari ini (29/ 3/ 2014) adalah hari Sabtu terakhir dalam bulan Mac. Diam tak diam 20 hari daah birthday aku berlalu... hahaha.... nak jugak mention tu! Eh, tak... takkk... takkkkk.... niat sebenar aku bukan nak mention pasal tu. Sebenarnya hari ini  adalah hari Sabtu terakhir dalam bulan Mac dan sinonim dengan sambutan Earth Hour!


** Google pic
Credit to WWF

Earth Hour?? Kalau ada yang masih samar-samar mari akak terangkan sikit. Earth Hour diperkenalkan pada tahun 2007 di Sydney, Australia dan selepas pengenalannya event ini terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sehingga sekarang, lebih dari 7000 buah kota dan bandar di 152 buah negara termasuk Malaysia telah turut serta dalam sambutan Earth Hour yang diadakan pada hari Sabtu terakhir dalam bulan Mac dengan turut memadamkan lampu bermula dari jam 8.30 - 9.30 malam sebagai tanda simbolik atau langkah pertama untuk mengurangkan kesan alam sekitar yang berlaku di seluruh di dunia. 

Apa kata kita sertai Earth Hour 2014 ni bersama-sama? Kita cuma perlu padamkan lampu sebagai tanda sokongan selama satu jam saja... satu jam tu bukannya lama sangat pun kaan. Bila lagi kita nak contribute dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar kaan? Sambil-sambil duduk dalam gelap tu kita boleh manfaatkan masa bersama-sama keluarga... bercerita sambil berpiknik dalam cahaya lilin dengan anak-anak... boleh juga candle light dinner di rumah... kita juga boleh hayati keindahan langit dan mengira bintang-bintang bersama-sama keluarga - eh... kenapa aku rasa ni macam idea yang sangat romantik??!! 

So, are you with me??? Jangan lupa padamkan lampu dari jam 8.30 - 9.30 pm malam ni, ya... Have a memorable Earth Hour, guys.

p/s : Oppsss.... malam ni I tak boleh masak laa dear sebab ikut feng shui masa sesuai untuk I masak malam ni dari pukul 8.30 - 9.30 pm... lampu kan off masa tu... so tak payah masak yek??!! Hahaha.... banyak laa feng shui. Ada sesiapa nak copy paste statement ni? Macam nak kena pangggg, kannn? 


-lotsa luv-
Fayreen Mizan




Friday 28 March 2014

MENGHILANGKAN STRESS DENGAN CARA MUDAH DI RUMAH!

Assalamualaikum,

Ada banyak cara untuk kita destress kan diri di rumah masing-masing sebenarnya... dah namanya pun 'home sweet home'. Sesetengah orang rasa relax bila tengok sudut-sudut tertentu dalam rumah... ada yang suka moment masa membelek pokok-pokok bunga di rumah (aku bela pokok jenis yang simple-simple pun mati... so macam mana??)... ada orang suka memasak atau mengemas untuk hilangkan stress..etc...etc... . Bagi aku pulak, melayan kerenah budak-budak bulus tiga ekor yang ada kat rumah ni banyak membantu destress kan diri... errkkk... ke makin stress??!? Haha... kalau diceritakan perangai seko-seko dengarnya macam stress nak melayan... tapi sebenarnya seronok sangat melayan kerenah simanja yang macam-macam... yang pelik-pelik...yang ntahapahapa tu.  

Just imagine, macam mana bestnya rasa bila bangun pagi-pagi...buka pintu bilik... tengok-tengok diorang dengan setianya dah ready menunggu kat depan pintu tu then meluru laju masuk bilik.... berebut-rebut naik atas katil dan berguling-guling like nobody's business! Memang satu booster to start the day...

Masa bersantai-santai sambil tengok tv berlaku pulak adegan diorang anak beranak main kejar-kejar dan melompat kat sofa... bergumpal-gumpal laa pulak diorang adik beradik lepas tu. Mama diorang yang tengah pregnant pun tak nak kalah join sama walaupun tengah sarat! Tu belum lagi Tomcat dan Hazel memanjat kat tingkap. Kadang-kadang diorang panjat sampai kat atas rail curtain tu... pastu berjalan imbangkan badan macam dalam sarkis! Tu yang kitorang suami isteri confuse.... budak-budak ni rehearsal untuk join sarkis ke apa?! Bab bergayut kat langsir macam tarzan tu tak payah ceritalah... memang selalu especially curtain dalam bilik... tu yang tertanya-tanya juga... aku ni bela anak kucing ke anak monyet??!

Anak kucing dua ekor ni pun dah pandai manipulate kitorang bila kami  nak ke toilet. Masa kita rushing ke toilet, masa tulaa dua-dua ekor ni sibuk serbu. Pastu masing-masing buat muka selamba landing kat pintu toilet tu... kena pulak time emergency sesangat... time rasa dah terkucil tak boleh tunggu walau sekejap pun tu. Hadoiiii sangat ok! Tu yang kadang-kadang aku tergelak-gelak dalam toilet tengok perangai pembuli dua ekor ni... eiiii... goreng berempah kang baru tau!



Ni memang favorite spot MaMaKat - she is such a good cat.... sangat obidient dan so far Alhamdulilah tak cerewet dan tak banyak kerenah....


Hazel - korang tau tak budak yang suka landing atas beg ni kadang-kadang mengigau time tidur?! Haha...

Dah beberapa kali jugalah masa tengah nyenyak tidur tu suddenly dengar Hazel mengiau bunyi pelik-pelik... pastu dengan mata tertutup dia bangun sama ada menghadap dinding atau facing sofa & mengiau lagi. Nanti bila dia tersedar dia pergi semula kat tempat dia tidur tadi dan sambung tidur balik! Dah kenapa, Hazel oii??Kadang-kadang masa tengah mengigau tu Tomcat datang buat 'inspection' dengan muka pelik untuk check adik dia ok atau tak.... tapi kadang-kadang dia lari sembunyi sebab takut kot?!! Kitorang pun suspens masa mula-mula dulu! Yelaa... ingat dia menurun ke apa... hahaha....

"Mengumpat adik lah tu... adik merajuk lari balik negara asal papa baru tau!" Muka tak puas hati...Hazel warning siap dengan jelingan maut tu! 


Macam manalah aku nak update blog kalau Tomcat asyik sabotaj macam ni??

Ni bukan jenis landing manja-manja yang dua, tiga saat lepas dia rasa boring dia bangun terus lepak kat tempat lain tu... takkkk korang! Ni dia lepak lama-lama dan keraskan badan bila kita nak dukung dan alihkan dia. Senang cakap, selagi aku mengadap laptop... selagi tula adegan membuli aku ni berterusan - sama ada dia buat bodo selamba je landing atau dia jalan ulang-alik sampai entah berapa kilometer agaknya atas keyboard tu. Inilah yang berlaku masa aku nak tulis entri yang korang baca sekarang ni. Kalau aku buat degil tak berganjak juga dari laptop boleh sampai ke tahap Tomcat tertidur kat situ! Dahlaa tu, lately ni mak dia - MaMaKat pun dah mula buli aku dengan cara yang sama... ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke kibblets, kannn? 


Kalau tak dapat parking atas laptop... plan B macam ni pun boleh yer budak!!

kjjjjjjjjjjjjjjj67ddddddddddddddddddddddddddddddddd' ---> korang tengok ni... sambil-sambil jalan atas keyboard Tomcat ter type apatah tu...! Nasib baik ada dua nombor je...kalau empat nombor memang aku mintak tolong sesiapa pergi 'belikan'. Hahaha....

Tapiiii, time nak melipat bajulah antara part yang paling challenging sekali...


Dah budak ni landing atas baju macam ni macam mana aku nak lipat? Dahlaa aku ni jenis yang bukannya rajin sangat lipat baju.... tu antara benda yang paling aku tak suka buat. Biasanya mood rajin melipat ni datang sesekali je... kiranya bermusim seiring dengan mood cerewet aku yang lain macam sikit. Kalau boleh aku nak semua lipatan aku tu sama ukurannya...tak boleh terbesar atau terkecik sket... tak boleh terpanjang atau terpendek sket... Erkkk...psycho, eh?!! Hahaha...

So, untuk mengatasi cabaran dari budak-budak bulus ni... time nak melipat baju aku terpaksalah lipat dalam bilik dan tutup pintu tu supaya diorang tak datang mengganggu. Lepas tu kena cepat-cepat susun baju-baju yang dah dilipat tu kat tempat yang sepatutnya sebelum diorang tolong 'kemaskan'.

Ni dia buat apa pulak kat bawah ni?? Huaaaa... rasa nak nanges tau dibuli dek diorang macam ni!


Caught in action... Tomcat masuk dalam washing machine laa pulak!

Isshhh budak ni bahaya betul tau! Nasib baik aku check dulu... kalau terus tutup cover machine dan tekan on button macam mana??!! Lepas dari incident ni, memang kitorang extra careful kalau nak guna washing machine. Machine ni kitorang letak dekat wet kitchen... memandangkan beberapa hari sebelum Tomcat explore machine ni Hazel dah buat hal dulu - dia panjat tinggi-tinggi kat area wet kitchen, pastu tak tau turun ... so pintu menghala ke area  ni memang kena sentiasa bertutup berkuatkuasa serta-merta lepas kejadian!


Dua ekor budak nakal....


zzzzzz.....


Dah penat posing... malas dah nak control hensem...:p

Selain dapat cuddle diorang, telatah-telatah nakal ni memang banyak menghiburkan hati... lebih-lebih lagi setiap seekor kucing ni ada karektor masing-masing yang unik. Memang boleh hilang stress tengok kenakalan diorang. Macam kitorang ni, antara saat yang touching bila tiga-tiga ekor kucing ni pakat serbu pintu dan baring keraskan diri tak beri bukak pintu everytime kitorang nak keluar rumah pergi ke mana-mana. Konon-kononnya tak beri tinggalkan diorang kat rumah laa tu... ntah-ntah diorang suka dan berparti sakan time kitorang tak ada kot?! :)

Apa juga binatang yang korang bela di rumah... pastikan dibela dengan penuh kasih-sayang dan rasa tanggungjawab. Appreciate them because these creatures are wonderful and unique in their own ways..... mereka adalah penawar stress yang paling  hebat!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Tuesday 25 March 2014

#MH370 - A SAD ENDING...

Assalamualaikum,

Seluruh Malaysia terasa hiba dengan pengumuman Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi... jauh dari tempat tujuan asal pesawat.  

Al-Fatihah kepada semua penumpang yang beragama Islam serta salam takziah kepada keluarga krew dan penumpang walaupun jauh di sudut hati aku masih mengharapkan 'sesuatu' untuk berlaku. Keep on praying and hope for miracles to happen. Namun, sebagai orang Islam kita perlu redha kepada ketentuanNya kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Thursday 20 March 2014

TIPS UNTUK KENALPASTI BAG LOUIS VUITTON ORIGINAL DAN FAKE (Part 1)

Assalamualaikum,

Orang perempuan dengan bag memang tidak dapat dipisahkan... dah macam isi dengan kuku. Seorang mesti ada tiga atau empat collection bag sekurang-kurangnya. Betul kaan?? Eh, tak mengaku pulak tu! Godaan dari selection bag yang ada di pasaran pun memang banyakkkkk... macam-macam brand... macam-macam style... macam-macam range harga sampai berpusing-pusing biji mata dibuatnya time nak bayar tu!

Sama ada nak beli branded/ designer handbag yang dibawa masuk dari overseas atau bag jenis biasa-biasa saja semua tu terpulang pada pilihan dan budget seseorang. Sebelum beli branded handbag kena banyak study pasal brand tu dan berhati-hati sebab sekarang ni terlalu banyak bag yang fake dijual. Sejujurnya aku tak ada masalah dengan mana-mana individu yang memakai handbag fake.... nak beli yang original atau fake tu terpulang pada tuan punya badan. Tapi, selagi boleh pilihan aku memang bag yang original/ genuine/ authentic.... tidakkk... ini bukan sebab prestige... bukan sebab berlagak nak jaga standard atau apa. Bag yang original ni memang value for money... tidak mudah rosak walaupun dah bertahun-tahun kita usung ke sana ke mari dan sentiasa ada nilai. Bak kata pepatah - alah membeli menang memakai.... haa, gitu!

Bercakap mengenai fake brand.... banyak brand yang menjadi mangsa counterfeit ni.... Louis Vuitton adalah antara brand yang banyak diciplak dan dipasarkan dengan harga yang lebih rendah. Teknologi penghasilan bag fake ini pun semakin canggih dari semasa ke semasa hinggakan ada antaranya kelihatan exactly macam bag yang original pada mata kasar! Kesian pada mereka yang membelanjakan sejumlah wang tertentu untuk membeli bag yang pada anggapan mereka original... tup-tup dapat bag yang fake. Tentu sakit hati yang teramat sangat dan rasa tertipu kaan? 

Di sini aku akan share beberapa tips untuk memudahkan kita kenalpasti sama ada bag yang kita purchase tu adalah yang original atau sebaliknya. Dalam entri ni, aku fokus dengan Louis Vuitton dulu. InsyaAllah tips untuk brand yang lain akan menyusul nanti. Jadi, sila baca tips-tips di bawah satu persatu... korang mungkin terpaksa baca berulang-kali untuk fahamkan betul-betul :)

Sebelum tu mari kita pronounce Louis Vuitton ni betul-betul. Sebutan yang sebenar ialah 'loo-ee' 'vee-tawn' --> klik sini.

Step 1 :
Sebelum purchase apa-apa bag LV, survey dulu model-model yang ada di official web atau katalog Louis Vuitton bagi memastikan design bag yang hendak dibeli itu memang benar-benar wujud. Ini kerana ada bag fake yang dibuat hasil gabungan beberapa model LV yang berbeza. Jadi, end product tersebut adalah model yang sebenarnya tidak pernah langsung dihasilkan oleh LV.

Official web LV --> klik sini.

 
Gambar di atas adalah contoh bag fake... LV tidak pernah pun keluarkan atau pasarkan design ini!

Walau bagaimanapun, model yang sudah tidak ada production atau discontinued piece besar kemungkinan tidak tersenarai dalam katalog tetapi maklumat mengenainya masih boleh dirujuk di website LV. Pengeluaran untuk model yang klasik kebiasaannya akan dilakukan secara berulang-ulang kerana model ini akan terus berada di pasaran untuk jangka masa yang panjang memandangkan koleksi ini dianggap timeless. Model yang dikategorikan sebagai fashion pieces pula hanya akan dihasilkan dan dipasarkan untuk jangka masa yang pendek mengikut musim tertentu sahaja. Contohnya, sesuatu model tu hanya dikeluarkan untuk Spring/ Summer collection sahaja dan akan digantikan dengan model baru untuk Winter collection nanti.

Step 2 :
Kenalpasti perincian asas atau lebih tepat lagi detailing untuk bag yang hendak dibeli. Antaranya, adakah model tersebut mempunyai D-ring? Apakah D-Ring? Sekiranya model tersebut mempunyai D-Ring... di bahagian manakah letaknya? Kita boleh browse website LV untuk dapatkan maklumat-maklumat ini atau pergi ke butik LV berhampiran untuk lihat sendiri contoh bag original yang dipamerkan.


D-ring yang terdapat pada Lumineuse PM yang original.


Gambar di atas menunjukkan perbezaan bentuk D-ring di antara bag LV yang original (bulatan merah) dan fake. Sesuai dengan namanya, D-ring pada bag Louis Vuitton yang original berbentuk perfect D seperti dalam bulatan... bukan O atau C. Boleh nampak perbezaannya kaan?

Selain daripada itu, ada beberapa perbezaan lain yang ketara di antara bag yang original dan fake dalam gambar di atas. Saiz button yang digunakan pada bag yang fake agak kecil dan terletak terlalu rapat dengan jahitan. Jahitannya juga tidak kemas. Ini aku akan explain dengan lebih lanjut nanti...

Step 3 :
Jenama Louis Vuitton telah dikeluarkan sejak 1854 dan dikenali dengan kualiti dan gaya yang klasik. Kanvas monogram Toile telah mula dihasilkan sejak tahun 1896 dan masiih lagi popular hingga ke hari ini. Jika hendak membeli LV monogram, lihat dengan teliti prints atau simbol yang ada di monogram tersebut kerana dari sini kita sudah boleh pastikan ketulenan sesuatu bag. Ini kerana Louis Vuitton sangat teliti terhadap placement prints di setiap bahagian bag monogram yang dihasilkan. Placement LV monogram yang original biasanya simetri dari sisi ke sisi (* pengecualian bagi beberapa buah bag vintage)
 

Neverfull PM... antara model monogram yang sangat popular.

NN 14 PM Monogram Idole yang menjadi signature bag  LV sewaktu pertunjukan fashion Louis Vuitton Spring/ Summer Collections 2014.... amboiii...bukan main detail aku terangkan bag ni... tu 
tanda-tanda dah tergoda tuuu...

Dari contoh dua buah bag LV yang original di atas, kita dapat lihat placement corak monogram bermula dan berakhir dengan simbol yang sama atau lebih tepat lagi placementnya simetri. Kalau korang masih tak faham apa yang dimaksudkan di sini...tak apa... kita tengok gambar. 


Bag di atas adalah Speedy Bandouliere 30 yang original. Perhatikan motif dalam bulatan i(a) dan bandingkan pula dengan bulatan i(b).... kedua-dua simbol yang digunakan adalah sama dan terletak di sudut yang sama juga... begitu juga motif dan kedudukan ii(a) serta ii(b). Inilah yang dimaksudkan dengan penggunaan simbol atau motif monogram yang simetri dan seimbang.

Supaya lebih faham lagi, kita bandingkan pula dengan placement motif bag fake di bawah ini. 


 
Bandingkan motif dalam bulatan i(a) dan i(b)... kedua-dua simbol yang digunakan berbeza bukan? Begitu juga dengan simbol-simbol di bulatan ii(a) dan ii(b). Dari placement monogram yang tidak simetri ini sahaja kita sudah boleh detect bag yang ditunjukkan di atas adalah fake. Sekarang korang dah boleh faham apa yang dimaksudkan dengan placement simbol monogram yang simetri kaan? 

Ada juga keadaan di mana permulaan monogram menggunakan hanya separuh sahaja simbol disebabkan oleh pemisahan baris jahitan atau penggunaan dua bahagian yang berbeza. Jika ini berlaku corak monogram mestilah  berakhir dengan baki simbol yang sama juga.



Kedua-dua gambar di atas menunjukkan placement motif untuk bag yang original. Sekarang kita bandingkan pula dengan placement untuk bag yang fake. Korang tengok betul-betul dan lihat perbezaannya.


Fake 1


Fake 2

Nampak tak bagaimana berserabutnya placing simbol monogram pada kedua-dua bag fake di atas??

Basic monogram placement :
Original bag : ) + O + O ( --> susunan corak sama dari awal hingga ke akhir.... contohnya bermula dan berakhir dengan separuh bulatan
Fake : ) + O + O + O --> susunan corak bermula dengan separuh bulatan tetapi berakhir dengan bulatan penuh.

b. Jika pada permulaan monogram menggunakan hanya separuh sahaja simbol disebabkan oleh pemisahan baris jahitan dua bahagian yang berbeza, corak monogram mesti berakhir dengan baki simbol yang sama juga :
Original bag : ) + O + O ( --> susunan corak sama dari awal hingga ke akhir di mana ia bermula dan berakhir dengan separuh bulatan
Fake : ) + O + O + O --> susunan corak bermula dengan separuh bulatan tetapi berakhir dengan bulatan penuh.

Supaya kita semua tak pening... tak confuse... untuk memudahkan korang digest info di atas, aku share tiga step ni saja dulu ya... Step-step seterusnya seperti date code, senarai negara yang membuat LV, tips yang lebih teknikal serta contoh beberapa model keluaran LV yang berbeza aku akan share dalam entri yang lain. So, stay tune...

Credit : Louis Vuitton official web, ebay

Alright readers, have a splendid day and keep on praying for MH370.... 



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Wednesday 19 March 2014

BULAN... THE MOON... LA LUNA!








- Shoot for the moon and if you miss you will still 
be among the stars -



**********


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Tuesday 18 March 2014

AVANI SEPANG GOLDCOAST ESCAPADE - PART 2

Assalamualaikum,

Ini adalah entri tertunggak sambungan dari (klik link) ---> Avani Sepang Goldcoast Escapade - Part 1. Dalam entri ni aku akan share gambar-gambar yang diambil pada waktu malam, aktiviti-aktiviti dan kemudahan makan-makan (bab makan-makan ni memang penting... haha) yang disediakan kepada guests. 

Seriously, Avani Sepang Goldcoast ni memang lebih cantikkkk dan hidup di waktu malam. So, kita cuci mata dengan gambar-gambar sambil bercerita ya... 


Main lobby dari luar...



Decoration di bahagian reception...



Selain dari bumbung bilik, daun Alang-Alang yang banyak terdapat di Kepulauan Bali ini juga digunakan di lobby.


Masih lagi di lobby - konsep yang simple dan santai...



Di bahagian luar lobby menghala ke resort sementara menunggu buggy... 

Bagi yang malas nak menunggu buggy, boleh gunakan option lain yang ada iaitu basikal! Korang boleh berbasikal di sekeliling kawasan resort dengan basikal yang disediakan foc untuk guest. Ada tempat khas untuk ambil dan letakkan semula basikal yang dipinjam ni... jangan simpan dalam bilik pulak ya!

Mereka yang tinggal di Travelers Palm Villa boleh juga berjalan kaki saja ke bilik masing-masing sebab jarak antara bilik dengan lobby sangat dekat. 






Clubhouse @ Poolside

Ada sebuah bar yang dinamakan Buloh Bar berhampiran poolside ni. Masa aku stay tu ada Arabian themed performance siap dengan belly dancing lagi kat sini... aku tengok celah-celah jari je dari jauh! Haha... 

Di kawasan yang sama, bersebelahan Buloh Bar terletak Bila-Bila restaurant (halal) yang dibuka 24 jam. Boleh ke sini untuk breakfast, lunch atau dinner. 

Bila-Bila :
Breakfast   : 6.30 am - 10.30 am
Snacks      : 11.00 am - 12 tengahari ; 3.00 pm - 5.30 pm
Lunch        : 12 tengahari - 2.30 pm
Dinner       : 6.00 pm - 10.30 pm
A la carte  : 11.00 am - 11.00 pm
Nighttime menu : 11.00 pm - 11.00 am  

Restauran/ cafe lain yang ada di sini termasuk Sepoi-Sepoi yang menyediakan Malaysian- Chinese menu. Cafe ini terletak di luar kawasan bangunan utama sebelum tiba ke lobi. 

Sepoi-Sepoi :
Isnin - Jumaat : dari jam 10.00 pagi - 10.30 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Am : dari pukul 9.00 pagi - 10.30 malam

Terletak di luar dan agak terpisah dari kawasan utama resort juga terdapat dua buah restoran lain iaitu Stimbot dan Perahu. Kita boleh naik buggy untuk pergi ke dua-dua buah restoran yang terletak bersebelahan ini. Perlu buat reservation terlebih dahulu kerana Perahu contohnya akan ditutup kepada pengunjung bila ada private function.

Perahu ni memang personal favourite aku. Ada ikan, lobster, sotong, ketam dan seafood fresh yang lain juga. Kita boleh pilih sendiri makanan yang kita hendak. Kalau tak tau masakan apa yang sesuai... dun worry... chef yang ada akan advise pilihan masakan yang sesuai! 

Stimbot & Perahu :
Isnin - Jumaat : dari jam 6.00 petang - 10.30 malam 
Sabtu, Ahad dan Cuti Am  : dari jam 12 tengahari - 10.30 malam.

Selain daripada cafe/ restauran yang aku senaraikan di atas, korang boleh juga makan di restoran-restoran seafood yang banyak terdapat di sepanjang pantai Bagan Lalang ni... yang paling best ialah Restoran Terapung HM Sri Bagan... ni ikut tekak aku ya! :) 


Infinity pool di waktu malam...

Nun di sebelah sana pool tu, di trunk 5 ada sebuah gym yang dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Fitness centre ni juga foc kepada in-house guest. Sekiranya hendak gunakan facilities di gym, kita perlu minta access dengan lifeguard on duty di kawasan pool terlebih dahulu kerana pintu gym ini sentiasa berkunci. Sports attire and sports shoes are compulsory here... jadi pastikan korang pakai pakaian sukan yang sesuai. 

Di sini juga ada sebuah spa yang terletak di tingkat atas Club House dan dibuka dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam. Mereka yang berminat perlu membuat advance reservation di ext. 1671/ 3670 terlebih dahulu. 


Aktiviti-aktiviti lain yang kita boleh lakukan di sini termasuklah aktiviti sukan air - sailing, canoeing serta windsurfing. Walau bagaimanapun, semua aktiviti berasaskan air ini bergantung kepada tiupan angin dan paras air pasang/ surut.

Selain berbasikal di dalam kawasan resort, kita juga boleh sertai aktiviti bicycle tour di luar kawasan resort. Ada dua sesi disediakan - beginner session setiap 30 minit di antara pukul 9.30 pagi - 11.30 pagi dan setiap 60 minit di antara jam 2.00 petang - 5.00 petang untuk advance level. Jumlah maksima peserta setiap sesi adalah seramai dua belas orang dengan diiringi oleh dua orang marshal. Bicycle tour ni aku tak sure sama ada free atau tidak. Sekiranya korang berminat, boleh refer details pada receptionist bila check-in nanti. Apa yang pasti, aktiviti-aktiviti seperti water sports dan beach sports adalah percuma.

Aktiviti lain yang ada dan boleh dicuba adalah ATV, go-kart dan paintball.... semua aktiviti ni tak termasuk dalam package hotel dan kita perlu bayar berasingan.

Pihak hotel juga boleh uruskan trip setengah hari atau satu hari penuh ke beberapa destinasi menarik berhampiran, antaranya Mangrove River Cruise (yang ni memang bestttt.... aku pernah dua kali terlibat dengan mangrove river cruise ni), F1 Sepang International Circuit, Banghuris Agro serta trip ke Putrajaya. 







Sebelum check-out... masa ni tengahari dan air dah surut...

Aku banyak terbaca review yang mengeluh kerana air laut di sini keruh dan tidak crystal clear seperti yang mereka harapkan. Kita kena lihat geografi sesuatu tempat tu terlebih dahulu. Avani Sepang Goldcoast ni terletak berhampiran kawasan paya bakau dan bukannya di sebuah pulau di tengah laut seperti Maldives. Secara teorinya kita sedia maklum perbezaan air laut dan pantainya... kaan? 

Dengan rate yang agak 'boleh tahan mahal' adakah berbaloi untuk stay di sini? Jawapan sebenarnya bergantung pada perspektif masing-masing. Secara peribadi, aku rasa nilai yang dibayar tu amat setanding dengan bilik yang sangat selesa serta segala macam facility dan tip top service yang disediakan!


Pose terakhir di Avani Sepang Goldcoast...

Ok... itu serba sedikit experience stay di sini yang dapat aku share untuk dijadikan guide. Sekiranya ada yang berminat boleh check rate yang ditawarkan di webpage Avani sendiri atau boleh juga survey harga di Agoda dan Booking.com.

Avani Sepang Goldcoast
No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang
43950 Sepang
Tel :  60331823600
Fax : 60331823700
Email : sepang@avanihotels.com
Website : www.avanihotels.com


Aku tau ramai yang manja kat luar tu... so ni aku tepekkan map untuk kali kedua.... :)

Before we say good bye, aku nak share beberapa keping gambar yang diambil masa kami dinner di Perahu Restaurant beberapa minggu sebelum kami bercadang untuk stay di Avani Sepang ni.




motip?? hahah....




-lotsa luv-
Fayreen Mizan