Monday 14 September 2015

Cubaan Menjadi Orang Lain Yang Bukan Diri Kita Adalah Sangat Tak Cool!

Assalamualaikum.

Cubaan Menjadi Orang Lain Yang Bukan Diri Kita Adalah Sangat Tak Cool! Sekadar nak share status yang akak tulis di facebook semalam sambil-sambil menaikkan semangat untuk memulakan hari Isnin yang berjerebu ini.

"Stop duplicating others or pretend to be someone you're not. Be yourself. The world appreciates originality!"

Begitulah status yang ditulis.

Kita tak perlukan 1000 orang yang bercakap, berjalan, bersolek malah berdandan macam Angelina Jolie atau Fazura. Tak juga 1000 orang ahli politik atau tokoh perniagaan ternama yang saling mengklon satu sama lain. Kita perlukan kepelbagaian kerana kepelbagaian itulah yang membuatkan sesorang kelihatan unik, istimewa dan mempersonakan. Jadi, hargailah kelebihan yang ada pada diri sendiri. Be yourself... jadilah diri sendiri. Tak perlulah nak copy paste bagai atau beria-ia menyamar jadi seseorang yang bukannya diri kita. Tak rock gitu, sangat uncool ya. Bukankah kita perlu ada jati diri??! Ke manakah jati diri ini menghilang?


-lotsa luv-
Fayreen Mizan




4 comments: