Wednesday 23 September 2015

Resepi - Kuah Lodeh Yang Sedap, Ringkas, Mudah Dan Menyelerakan.

Resepi - Kuah Lodeh Yang Sedap, Ringkas, Mudah Dan Menyelerakan. Tak berseri meja makan di pagi Hari Raya kalau tak ada kuah lodeh ni. Ibarat malam tanpa bulan dan bintang kononnya. Sebenarnya sejak lepas Hari Raya Aidil Fitri haritu lagi Kak Fay nak tepek resepi Kuah Lodeh ni kat blog. Tapi apakan daya, disebabkan terperuk kat draf entri sekian lama... sampai dah nak Hari Raya Aidil Adha barulah entri ni terpublish! Erk?!

Ada ketikanya family akak di Johor akan masukkan ayam dalam kuah lodeh ni. Ada masanya, kami masak macam biasa je tanpa dimasukkan ayam. Kuah yang dimasukkan ayam dah tentulah rasanya lebih yummy dek air ayam yang manis tu. Eh, tapi version yang biasa ni pun tak pernah gagal membuatkan akak makan bertambah-tambah dan berulang-ulang! 

Cara membuat Kuah Lodeh ni amat mudah sekali. Mungkin sebab bahan-bahan yang digunakan agak banyak terutama sekali jenis sayur-sayuran, tu yang nampak macam rumit. Itu cuma gambaran palsu je. Hakikatnya, mudah saja cara memasaknya!

Hari Raya Special
Kuah Lodeh.


Bahan-bahan untuk memasak Kuah Lodeh :

Bahan A (sayur-sayuran) :

- Sayur kobis
- Kacang buncis/ kacang panjang 
- Carrot
- Terung 
- Kentang
- Tauhu*
- Tempe*
Note : Tauhu dan tempe digoreng sekejap kemudian dipotong kecil-kecil.
- Sedikit suun
- Sedikit lada merah sebagai penyeri

Bahan B (bahan-bahan yang perlu dikisar) :

- 2 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 4 batang serai
- 1 sudu besar jintan manis dan jintan putih yang disangai
- sedikit udang kering dan ikan bilis

Bahan C :

- Beberapa ekor udang hidup
- Beberapa biji fish ball yang dipotong dua
- Santan pekat dari sebiji kelapa
- Air
- Minyak untuk menumis
- Garam secukupnya

Cara-cara Untuk Masak Kuah Lodeh :

Panaskan minyak dan masukkan semua bahan kisar setelah minyak betul-betul panas. Masukkan pula santan dan biarkan sampai mendidih. Kemudian masukkan sayur satu persatu. Note : Masukkan kentang dan sayur lain yang lambat masak dulu diikuti dengan sayur-sayur jenis lembut kemudiannya.

Tambahkan air secukupnya supaya semua bahan masak dengan sempurna. Lepas tu masukkan pula garam. Akhir sekali masukkan fish ball, tempe, tauhu, suun dan lada merah. (Sejak tersebar macam-macam versi pasal penyediaan kulit tauhu kering, Kak Fay dah tawar hati nak masukkan tauhu jenis ni dalam masakan. Memandangkan dah timbul rasa was-was tu, eloklah kita skipkan saja penggunaannya). Biarkan sehingga kuah mendidih. Siap dan sedia dimakan bersama-sama ketupat atau nasi himpit sehingga berpinggan-pinggan!

Selamat mencuba. 


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

1 comment:

  1. Salam..jln2 blogwalking untuk hri ni kejap ;) dr blog emas putih....selamat Hari Raya Haji...sy follower ke71 di sini ..

    http://ilovebunga89.blogspot.my/

    ReplyDelete